Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?
Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah,
bersedekah dan lain lain, tetapi masih tidak terlepas dari azab api
neraka.
Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki
tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam
kain kafan lelaki itu. Lalu disuruh orang membukakannya. Alangkah
terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat
lelaki itu.
Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba-tiba berkata-kata. Katanya
”Apakah salahku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan”.
Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia
merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya
setelah selesai membuang air kecil.
Cara Yang Betul Mencuci Kemaluan Menurut Islam
LELAKI:
Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem 2 atau 3 kali supaya air
kencing betul-betul sudah habis keluar. Lepas itu, urutlah kemaluan
dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing
yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.
WANITA:
Apabila membasuh kemaluan, pastikan dicuci bahagian dalam dengan
menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air
bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan
melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan
wanita yang berbibir-bibir itu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
kesuwun pun mampir